Thursday, January 29, 2009

TOMYAM SIMPLE

Petua supaya rasa tomyam tak rosak ialah jangan sesekali masukkan GULA. Ini saya dapat dari mak mertua saya di Kelantan.

Bahan asas yang mesti ada... bawang putih, cili padi, serai, air limau nipis dan daun limau purut. Kalau tak ada salah satu, tak dipanggil tomyam lah maknanya.

Resipi tomyam di bawah adalah yang biasa saya masak untuk famili saya, esp for my son yang tak suka pedas. So, rasa tomyam ni agak sederhana dan 'kurang menyengat' kalau dibandingkan dengan masakan Siam.

BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil
4 ulas bawang putih - dicincang
4 biji cili padi - dihiris nipis
2 biji tomato - dipotong wedges
3 batang serai - dititik

1. Tumiskan bawang putih bersama cili padi dengan sedikit minyak masak.

2. Bila naik baunya, masukkan pula tomato. Kacau hingga agak layu.

3. Masukkan ayam dan serai, biarkan ayam agak masak sedikit. Barulah masukkan air secukupnya.


Bahan-bahan sayuran :

Sayuran yang keras dan lembut mesti diasingkan, kerana sayur yg agak keras akan dimasukkan dulu sebelum sayuran lembut.

Pilihan sayuran terpulang kepada citarasa sesebuah keluarga.

Pada saya, biasanya sayuran keras yang jadi pilihan termasuklah lobak merah, bunga kobis dan batang saderi.

Sayuran lembut pula ialah kobis panjang.

Setelah kuah menggelegak, masukkan sayuran keras. Biarkan layu sedikit, barulah masukkan sayuran lembut.

Masukkan pula air perahan daripada 2 biji limau nipis dan dua helai daun limau purut.

Biarkan menggelegak seketika, matikan api.

Saya lebih suka sayur tomyam tidak terlalu layu, jadi saya tidak memasak tomyam terlalu lama esp setelah dimasukkan sayur. Lagipun, khasiat sayur akan hilang dengan kepanasan yang lama.

Selamat mencuba.







1 comment:

fabriziuseaker said...

Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
View 수원 출장마사지 Harrah's Cherokee Casino 태백 출장샵 & Hotel (mapyro) location 부천 출장안마 in Cherokee, North 군산 출장안마 Carolina, 구리 출장안마 revenue, industry and