Petua supaya rasa tomyam tak rosak ialah jangan sesekali masukkan GULA. Ini saya dapat dari mak mertua saya di Kelantan.
Bahan asas yang mesti ada... bawang putih, cili padi, serai, air limau nipis dan daun limau purut. Kalau tak ada salah satu, tak dipanggil tomyam lah maknanya.
Resipi tomyam di bawah adalah yang biasa saya masak untuk famili saya, esp for my son yang tak suka pedas. So, rasa tomyam ni agak sederhana dan 'kurang menyengat' kalau dibandingkan dengan masakan Siam.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil
4 ulas bawang putih - dicincang
4 biji cili padi - dihiris nipis
2 biji tomato - dipotong wedges
3 batang serai - dititik
1. Tumiskan bawang putih bersama cili padi dengan sedikit minyak masak.
2. Bila naik baunya, masukkan pula tomato. Kacau hingga agak layu.
3. Masukkan ayam dan serai, biarkan ayam agak masak sedikit. Barulah masukkan air secukupnya.
Bahan-bahan sayuran :
Sayuran yang keras dan lembut mesti diasingkan, kerana sayur yg agak keras akan dimasukkan dulu sebelum sayuran lembut.
Pilihan sayuran terpulang kepada citarasa sesebuah keluarga.
Pada saya, biasanya sayuran keras yang jadi pilihan termasuklah lobak merah, bunga kobis dan batang saderi.
Sayuran lembut pula ialah kobis panjang.
Setelah kuah menggelegak, masukkan sayuran keras. Biarkan layu sedikit, barulah masukkan sayuran lembut.
Masukkan pula air perahan daripada 2 biji limau nipis dan dua helai daun limau purut.
Biarkan menggelegak seketika, matikan api.
Saya lebih suka sayur tomyam tidak terlalu layu, jadi saya tidak memasak tomyam terlalu lama esp setelah dimasukkan sayur. Lagipun, khasiat sayur akan hilang dengan kepanasan yang lama.
Selamat mencuba.
Thursday, January 29, 2009
Tuesday, December 30, 2008
SAUSAGE ROLL
Resipi ini saya ambil dari sebuah majalah (tak ingat pulak apa majalahnya). Sesuai dijadikan hidangan sarapan atau minum petang, atau bagi sapa-sapa yang nak gantikan hidangan nasi waktu makan malam pun boleh.
Ianya ringkas dan amat cepat untuk disediakan. Cubalah...
BAHAN-BAHAN :
2 batang sosej daging / ayam (dicelur sekejap dan dibelah dua)
2 keping keju (dipotong dua)
4 keping roti
1 biji telur (dicampur garam dan dipukul sedikit)
CARA MEMBUATNYA:
1. Ambil sekeping roti, letakkan keju yang dipotong diikuti dengan sosej.
2. Gulungkan menjadi bentuk segitiga (seperti bentuk coklat Toblerone).
3. Perlahan-lahan, celupkan ke dalam telur... dan gorengkan dalam frying pan dengan minyak yang sedikit.
4. Balik-balikkan sehingga masak. Hidangkan.
Wednesday, November 19, 2008
ROTI CANAI
Roti canai 'home-made' paling sedap dari segi rasa tradisionalnya adalah hasil tangan ibu saya Hajjah Kamariah. Sejak kecil, roti canai mak adalah antara menu kegemaran keluarga kami. Biasanya roti canai mak diisi bawang, cili merah dan telur... dan adakalanya di campur juga isi ikan rebus. Wah... tak terkata rasanya. Jika menu ini dijadikan hidangan bulan puasa, saya hanya berbuka dan bersahur dengan menu ini tanpa menjamah nasi pun.
Resipi di bawah saya gabungkan antara resipi mak saya dan resipi seorang chef di Berjaya Redang Resort yang saya petik dari majalah Saji. Walaupun hasil tangan saya tak sesedap hasil tangan mak, sekurang-kurangnya terubat juga rindu nak makan roti canai 'home-made'.
Bahan-bahan:
500 g tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
200 ml air ( 1 cawan )
1/2 sudu teh garam
Cara membuatnya:
1. Tepung diisi dalam besen besar. Lubangkan bahagian tengahnya seperti kawah gunung berapi. Tujuannya untuk memudahkan bancuhan.
2. Pecahkan telur, masukkan garam dan susu pekat. Kacau dengan jari. Masukkan marjerin dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli.
3. Sambil doh diuli, tuang lagi sedikit air. Uli sehingga doh lembut. Lenyek doh dengan tapak tangan agar ia sebati.
4. Uli doh hingga ia tidak melekat pada besen. Kalau doh lembik, taburkan sedikit tepung. Uli lagi. Pendek kata, uli doh sehingga ia tidak melekat.
5. Setelah itu, biarkan doh selama dua jam. Boleh ditutup dengan kain lembap, tapi jangan lekatkan kain dengan doh. Letakkanya dalam suhu bilik. Jangan masukkan dalam peti sejuk!
6. Setelah dua jam, kita lenyekkan sedikit doh tadi.
7. Tarik sedikit doh dan bentukkan bulat dengan teknik mengeluarkannya melalui hujung genggaman jari (antara ibu jari dan jari telunjuk)
- biasanya saya dapat 8 biji doh kecil untuk setiap 500 g tepung-
8. Setelah siap semuanya, sapukan tapak tangan sanda dengan marjerin.
9. Golekkan doh kecil tadi di atas tapak tangan dan susun semula. Tutup dengan kain lembap lagi sekali dan biarkan selama dua jam lagi.
10. Kemudian barulah boleh dicanai.
Bagi mereka yang tak pandai menebar seperti saya, saya gunakan belakang dulang. Caranya lenyekkan doh kecil sehingga agak nipis. Tebarkan dua kali. Saya tak namakan 'tebar' sangat... lebih kepada 'kebas' kot.
Seterusnya doh dinipiskan dengan menarik hujung doh di sekeliling dulang. Kemudian untuk filling, terpulanglah kepada selera.
Untuk roti canai kosong, renjiskan sedikit minyak atas doh nipis, lipatkan memanjang seperti lipat serban... dan simpulkan. Sebelum dilenyek untuk digoreng, seeloknya rehatkan simpulan tadi 5-10 minit.
Jangan lupa, sepanjang proses di atas, dulang dan tangan mesti dipenuhi minyak. Kalau tak, roti canai kita akan merenyuk semula dan tak elastik.
Selamat mencuba! (esp for Siti... heheheh)

Wednesday, November 5, 2008
SANDWICH ALA NAN
Resipi ini diilhamkan oleh dua orang anak saudara saya yang tinggal di MMU Melaka. Diorang telah berkongsi resipi ini sewaktu Ramadhan 2008 baru-baru ini setelah saya mengeluh tentang anak saya yang sangat cerewet tentang makanan. Sekarang menu ini merupakan antara hidangan sarapan yang menyelerakan buat Anwar, si jantung hati. Tq Along n Angah 4 the recipe.
BAHAN-BAHAN:
100 g daging ayam kisar - lebih kurang 1/4 drp bungkusan 400g (jenama yg saya percayai - Ramly)
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Secubit garam
4 keping roti
Salad, tomato, atau apa2 sayur kegemaran
Sos tomato, sos cili, mayonis atau apa2 sos kegemaran
CARA MEMBUATNYA:
1. Gaulkan daging ayam kisar bersama telur, serbuk lada hitam dan garam. Sebatikan.
2. Panaskan kuali - sebaik-baiknya non-stick pan, masukkan 1 atau 2 sudu minyak masak. (Minyak zaitun adalah pilihan terbaik).
3. Sendukkan dua sudu besar daging ke dalam kuali dan bentukkan segiempat tepat (saiz separuh roti keping). Leperkan supaya senang diletak dalam roti nanti. Biasanya kita akan dapat empat keping daging dengan hidangan ini.
4. Balikkan dan goreng hingga betul-betul masak.
5. Letakkan daging di atas roti, lapiskan dengan sos dan sayur. Lipatkan roti. Dah boleh makan pun....
DAGING MASAK HITAM MANIS
Resipi ini diambil dari majalah Saji... dan telah diubahsuai mengikut citarasa famili saya. Menu ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih dan sup sayur. Bagi yang suka pedas, tambahkan cili padi dalam bahan kisar, atau lebihkan serbuk lada hitam.
BAHAN-BAHAN:
500 g daging (dipotong nipis, dicuci dan diroskan)
125 ml kicap pekat (1/3 cawan) - kicap manis pun boleh jugak
6 biji cili merah }
2 ulas bawang merah } dikisar
2 ulas bawang putih }
2 cm halia }
2 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari
2 biji tomato - dicincang
125 ml minyak masak (1/3 cawan)
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah } dibelah dua
1 tangkai cili hijau }
1 batang kayu manis
2 sudu bawang goreng
125 ml air (1/3 cawan)
CARA MEMBUATNYA:
1. Gaul daging dengan bahan kisar dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak. Tumiskan kayu manis dan daun kari. Kasi naik bau kejap, terus masukkan daging perap dan kacau sebati. Biarkan daging masak sedikit.
3. Masukkan tomato cincang, rempah kari, gula, lada hitam, kicap dan air. Biarkan sehingga daging betul-betul masak.
4. Masukkan bawang besar dan cili. Biarkan hingga agak layu.
5. Akhir sekali, masukkan bawang goreng dan tutup api. (Saya tak pernah pun masukkan bawang goreng, tapi, rasa sedap jer. :) )
Subscribe to:
Posts (Atom)